hanimamirudin :)

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Wednesday, 10 February 2016

.hai 2016.


assalamualaikum.
fuh, berdebu kemain blog nih.
btw nak cakap, aku dah jadi student uthm skarang ni ! hahaha
dah habis sem satu dah pun.
ni tengah tunggu result bhaiii.

how my life?
alhamdulillah,
new life. new friends, new besties, new state,
oke meh aku story sikik kisah aku mase mula mula daftar sini.

bismillah.

- 2 september 2015 -

dimana hidup aku mula melagha, tak tau mane hale tuju.
dalam hati asyik cakap "nak berhenti blaja".
minggu orentasi? lagi la aku rase nak lari balik kampung.
tambah tambah mejoriti masuk uthm bawakk geng.
yg aku ni alone melagha.
dalam hati nak marah si mira ni, 
kalau dy isi upu dulu, mesti bahagia hidup aku dkt uthm ni.
setiap kali wasep mira, air mata ni berjejeran tau tak. 
hahahahahaha. 
punye la aku tak rela duduk dekat uthm ni.
anum? 
mmg la dy ade, tp mase orentasi tu anum mane ade dekat sini. hmm.
oke, smpai sini je la aku cerita pasal mggu orentasi tu.

next,
daftar kursus.
haa time ni lagi la aku melagha.
entah, aku tak tau pun sape bakal classmate aku.
mmg rase tak kenal sorang pun.
hari pertama kelas pun aku tawakal jek.
takut takde kawan, sbb mejoriti berpuak.
hmm. kelas first aku kelas geotek. 
mase tu pegi menapak sorang jek.
ekceli aku taktau pun kelas kat mane.
dlm kepala dah set, kalau sesat, aku call anum.
tp alhamdulillah, mase otw tu, terserempak dgn classmate.
lege.
tp takde la lege sgt pun, sbb mggu first tu mmg aku gerak alone.
naik bas sorang-sorang, kemane-mane pun sorang je.
beli makanan? haha aku start jejak kaki kat cafe mase minggu ke3 kt uthm kot.
selame ni makan roti dgn biskut je.
tade selere bhaii !. rindu kawan-kawan dkt poli hmmm.
then hasilnye, berat aku dari 42kg terus turun 38kg.
hahahahahaha.
tp alhamdulillah, tak lame lepastu jumpe dengan geng port dickson.
bercahaya sikik hidup aku.
"alhamdulillah ade kawan - dlm hati"


dorang yang dekat atas ni, semua dari poli portdickson, aku je sesat poli ungku omar.
dorg ni mejoriti org perak. kirennye mcm mudah la faham ape dorg cakap.
sbb dah 3 tahun aku bermusafir kat perak tu hahaha.



alhamdulillah.
pastu, paling takleh blah time sambut befday aku. 
mekasih ya Allahhh.
dorang semua kawan yang baikkk hahaha.

tapi, hmm kadang kadang aku rase aku orang asing dalam group dorang.
yela, dorg dari poli yg sama, pastu blok kolej pun sama, 
aku selalu rase yg aku ni mcm menyibuk. hahaha. entah hmm.
myb aku ni yg fikir bukan bukan kot hmm.

then, aku jumpe pulak dengan mas.
hahaha dy cakap nama dy mas, tp dekat nametag tulis 'syuhadah'.
aku taktau la celah mane dtg nama 'mas' tu.
myb tu nama popular dy dekat poli dy dulu kot. hahaha
pastu hari tu nampak dy tulis nama,
oh, nama dy masturi syuhadah. hahahahahaha.
dy pun orang perak jugak. kawan si odah adibah rupenye. 
mas ni sama blok dgn aku. blok D.
so, dari situ kitorg rapat.



masa mula mula dulu, mas penah warning yg dy ni cepat merajuk.
hahaha aku tergelak, dalam hati 'alah, merajuk tu adat lah'.
tp bile dah 5 bulan kenal mas ni, hahahahahaha ternyata kebenarannye. 
hahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaha.
astaga perajuk ya rabbi.
tapi takpelah, mas pun mmg dah cakap awal awal dy camne.
so, aku tak kesah pun even kadang tu geram + lawak jugak tengok mas ni.
hahahaha. tp takpe, ''ukhuwah fillah bhaiii".

then, skang pun mmg rapat dengan mas.
prangai mas pun macam anum sikik. so, that why aku selesa dengan mas.
alhamdulillah hiks.
inshaa Allah kitorg kawan sampai mereput. hahahaha
erm haa jenis aku, aku tak kesah sgt pun perangai korang ni yg mcm mane.
asal korang tak buat tahi dengan aku, inshaa Allah aku layan korg firstclass.
hehehehehehe.


pasal pelajaran? hmmm
serius aku cakap, jgn pandang mudah dekat subjek2 yang ada.
even dah penah blaja kat poli dulu, bile masuk dgree ni, fuh astagaa.
rase mcm bertentangan HAHAHAHA.
lagi lagi subjek yg main formula ni ya Ampunnn !
aku taktau pulak 'kuasa derive' ni boleh buat aku surender kadang tu hahaha.
belum lagi campur dengan kesibukan time nak buat projek.
setiap subjek semua ade projek, pastu duedate pun semuanye dekat2 jekk.
mohon tabah hati.
time final pun byk study last minit. hmmm.
bile nak insaf pun taktauuu.
hahahahahahahahahaha.

so now,  alhamdulillah, result senarai tampal pun dah kluar.
lulus semua. alhamdulillah.
in shaa Allah sem dua ni nnt, kene pandai bahagi masa.
blajar sungguh2.
buktikan pade anum yg aku ni bukan sebengap yg dy sangka.
HAHAHAHA.

k sekian.





No comments:

Post a Comment